assalamualaikum semua..... wink wink
apa mood korang sekarang?? #sedih #gembira #marah
hiiii cik mella ta kisah lah apa pun mood korang..
jom baca entry cik mella kali ni....
hari ni cik mella na kongsi pandangan tentang isu yg sllu org2 kat luar sana sibuk dok buat spekulasi
yang ntah apa2.. na tau apa dia????
teruskan membaca....
okei actually pasal perempuan bertudung dgn perempuan yg tidak bertudung a.k.a free hair..
tapiiiiii sebelum 2 cik mella na minta maaf kalau entry ini akn buat org lain terasa ..
bukan niat cik mella okeiiiii....sekadar berkongsi pandangan..
korang baca dulu situasi ni..
situasi 1:ala apa guna pakai tudung kalau buat maksiat..?tutup sana sini tp berzina.... masyallah...
situasi 2:aku ta pakai tudung tapi hati aku baik,aku sembahyang lima waktu...
situasi 3:aku pakai tudung sekurang2nya aku tutup aurat dan ikut perintah ALLAH....
cik mella na tanya,, korang mesti sllu dengar ayt ni kannnn????
mustahil ta pernah dengar lagi2 dekat laman2 sosial mcm fb,tweeter n etc..
agak2 korang concern ta pasl ni...??
okei cik mella cuba bagi pendapat cik mella untuk situasi pertama...
pada cik mella kan apa yg mereka buat 2 memang slah di sisi agama mahupun di sisi ALLAH...
kan elok kalau kita jaga maruah diri kita sekaligus kita jaga maruah agama kita...
dah elok2 tutup aurat 2 biar lah elok akhlaknya... kan kita ni menjd contoh pada agama lain
yang mengatakn ISLAM ITU INDAH dan mudah difahami..
tapiiiiii kalau kita sendiri yg bawa imej buruk agama islam mcm mana org lain ta pandang serong..
ada pepatah melayu mengatakan... " kerana nila setitik rosak susu sebelanga"
anda sendiri fahamkn maksud peribahasa 2..
sama2 lah muhasabah diri sementara ALLAH masih beri peluang kat kita untuk bertaubat,,
cik mella pun bukn lah seorang yg tahu serba serbi tentang agama islam tp sekurang2nya kita belajar mengenali islam itu sendri.. sama2 upgrade iman kita.. ta slhkan..
kalau kita boleh mengikuti perkembangan dunia hiburan,mengapa tidak kita ikuti perkembangan agam kita sendiri... biarlah seimbang antara hal dunia dengan hal akhirat...
ta slh kita menjadi seorang yg UP-2-DATE tpiii biar lah ada batasannya....
okeiiii situasi kedua pula....
memg lah kdg2 kita terfikir mcm 2,, tpii pernah ta kita trfikir yg tutup aurat 2 wajib dan hukumnya berdosa kalau ta laksanakannya...
#Rambut merupakan aurat yang WAJIB ditutup oleh wanita apabila berada di hadapan lelaki ajnabi. Oleh itu, mendedahkannya adalah berdosa dan merupakan suatu kemaksiatan yang akan dibalas dengan siksaan yang pedih di akhirat kelak sekiranya dia tidak sempat bertaubat. Dia akan tetap menanggung dosa itu selagi tidak bertaubat daripada perbuatan itu walaupun dia bersembahyang lima waktu dan melakukan ibadat yang lain...#.
haaaaa ni cik mella ambil dr web tentang hukum menutup aurat....itu cik mella bg link sekali..
nampak kan perbezaannya..... ta kisah lah walau kita seburuk mana pun pada pandangan org lain tp aslkan kita npk cantik di mata ALLAH... sesungguhnya ciptaan ALLAH itu indah2 belaka...
bila kita berada dlm kesusahan pada ALLAH jua kita memohon,,,, apa slhnya kita membalasnya dengan melaksanakan yg wajib dan tinggalkn yg dilarang...
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
ask ur heart.. apa sebenarnya yg anda mahu dlm hidup anda..
cari lah keredhaan ALLAH agar hidupmu sentiasa mendapat keberkatan didunia mahupun akhirat... ^__^
rasanya sampai disini sahaja entry cik mella ..
cik mella harap kita sama2 berubah ke arah kebaikan ,,,, kerana berdakwah boleh dimana2 aslkan kena pada tempat dan caranya.... terima kasih...
wassalam,,~~~












0 comments:
Post a Comment
thanx for reading..
kalau menarik comment,kalau tak just move on..^__^